Simpanan gambar dalam Gallery dan My Photo berlambak2 menunggu untuk dipost dlam blog.
Tapi sempena hari pertama dalam tahun ni...baik aku bercite apa yg berlaku pada hari ini. Sepanjang hati aku hanya merehatkan diri...walau demam aku tak seberapa...tapi tak salah kalau nak kasik badan ni manja kan? Ramai org yang gagah selalu cakap...lawankan perasaan demam tu...jgn peduli sgt badan yang sakit. Tapi aku ade idea lain....Allah s.w.t ciptakan rasa demam agar kita bg peluang badan utk berperang secara optimum dalam badan. Jadi apabila kita merehatkan badan....sebenarnya bukanlah kita memanjakan badan...hanya beri peluang agar snistem imun badan berperang menentang kejahatan/infeksi badan dengan aman. Segala bekalan oksigen dan bekalan tenaga semua ditumpukan kepada sistem imun agar ia lebih cekap mempertahankan badan kita.
Dek kerana seharian berehat...demam pun dah kebah..cuma tekak je perit. Maka agenda malam untuk berjumpa dengan teman lama diteruskan jua. Sayangnya...ahli ke-4 xde bersama...beliau pon demam...hanya kami bertiga je yang ada.
Memula kami berjumpa di Kubah Ria...maaf Intan...aku dan Ani lambat dari masa yg dijanjikan. Tapi dek kerana stok makanan kat Kubah Ria dah habes...makanye terpaksa ubah tempat. Kami ke Bimmers pula. Tempatnye ok kalau nak suasana happening...tp sebenarnye kami nk suasana aman untuk berporet...hehe...
Intan tak dpt tunggu lama sbb bb Haziq dah kepenatan...sudahnya aku sambung berporet di rumah Ani bersama Kak Ana dan bonda mereka...
Adakah aku nak laporkan perihal ku berporet di hari pertama tahun baru? Mestilah tidak...Cuma sebagai permulaan di tahun baru dengan mengeratkan silaturahim adalah suatu perkara yang indah. Bertemu kembali setelah berpisah berbelas tahun kemudian....masing2 kami ada kisah tersendiri untuk dikongsi. Kami berempat adalah teman rapat di zaman persekolahan dahulu...mempunyai karekter berbeza...tapi anehnya kami boleh rapat bersama.
Jadi harapan pada tahun ini....agar aku dapat berhubung kembali dengan teman2 lama. Aku ingin warnai tahun ini dengan kenangan indah...untuk nostalgia masa hadapan.